Kereta yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok

Tiga nyaris maut kereta langgar pokok

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam apa kebakaran kereta Proton Wira yang hangus terbakar setelah melanggar sebatang pokok di hadapan Masjid Jamek Kampung Rambah, di Pontian, tengah malam tadi. GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Tiga lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terbakar 95 peratus apabila melanggar sebatang pokok di hadapan Masjid Jamek Kampung Rambah, disini, tengah malam tadi.

Menurut Komander Oprerasi dari Balai Bomba Pontian Baru, PB1 ( KUP ) Mohd. Nazri Ahmad Shahidon, pihaknya mengejarkan 8 anggota bersama 1 FRT dan 1 EMRS setelah menerima panggilan dari orang awa.

Katanya, sebaik Pasukan Keluar Operasi ( PKO ) tiba di lokasi kejadian, PKO mendapati memang benar sebuah kereta jenis Proton Wira sedang terbakar namun tiada mangsa di dalamnya.

“ Kesemua mangsa yang berusia 19, 24 dan 30 tahun telah berjaya keluar menyelamat diri sebelum api membakar hampir keseluruhan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan disini, petang ini.

Tambah Mohd. Nazri, PKO memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran salur bantu sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.

“ PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan menghantar mangsa ke Hospital Pontian dengan menggunakan jentera EMRS,” ujarnya

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukol 1.30 tengah malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendant Muhammad Shofee Tayib berkata, sehingga petang ini pemandu kereta Proton Wira belum membuat sebarang laporan Polis mengenai kejadian tersebut.

“ Mungkin takut nak buat laporan polis, mungkin juga tiada lesen memandu, tetapi anggota kami telah memanggil pemandu tersebut untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Oleh demikian, beliau meminta pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu pada waktu malam terutama pada ketika cuaca tidak menentu dan memandu mengikut had laju ditetapkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya