Kerajaan, tiga lagi gagal gantung perintah kos RM14,000

Kerajaan, tiga lagi gagal gantung perintah kos RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan tiga lagi pihak gagal menggantung perintah yang mengarahkan mereka untuk membayar kos sebanyak RM14,000 kepada guru tadika, M. Indira Gandhi.

Kos tersebut adalah berkait dengan saman wanita terbabit yang mendakwa Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan yang dinamakan sebagai defendan gagal menjalankan tugas menangkap bekas suaminya yang melarikan anak perempuan mereka.

Menurut peguam, Rajesh Nagarajan yang mewakili wanita tersebut menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang membolehkan penggantungan tersebut diberikan.

Permohonan itu ditolak dengan kos RM2,000.

Pada prosiding hari ini juga, mahkamah menetapkan selama empat hari bermula 6 Februari depan untuk perbicaraan kes saman itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili kesemua defendan ketika dihubungi media selepas tamat prosiding itu.

Pada 28 Oktober 2020, Indira memfailkan saman dan mendakwa defendan pertama iaitu KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan Prasana Diksa kepadanya.

Dakwa wanita itu, kesemua defendan mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan seperti yang diperintahkan Mahkamah Persekutuan, pada 29 April 2016.

Plaintif juga mendakwa, kelakuan semua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga ke hari ini dan Muhammad Riduan berjaya melarikan diri.

Oleh itu, Indira antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah, selain memohon deklarasi bahawa defendan pertama melakukan ‘tort nonfeasance’ di pejabat awam dan defendan kedua, ketiga dan keempat, bertanggungjawab secara vikarius bagi tort nonfeasance yang dilakukan defendan pertama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN