Kerajaan teliti kemampuan sebelum teruskan eBelia Rahmah 

Kerajaan teliti kemampuan sebelum teruskan eBelia Rahmah 

ANWAR Ibrahim ketika tiba bagi menyempurnakan Majlis Penutup Program Sambutan Setahun bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti kemampuan kewangan negara sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan inisiatif eBelia Rahmah pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, eBelia Rahmah akan dibincangkan pada awal tahun depan dan diputuskan mengikut keupayaan dana negara.

“Saya bagi jaminan sedaya upaya kita untuk mengurangkan beban rakyat ini terutama mahasiswa kita akan cuba bantu sebanyak mungkin.

“Tetapi kita tangguh sehingga awal tahun untuk kita kaji semula berapa pendapatan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kemudian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga dapat tahu hasil bertambah. Kalau hasil bertambah, insya-Allah kita boleh belanja dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang wakil pelajar yang bertanya adakah eBelia Rahmah diteruskan tahun hadapan susulan ekonomi mahasiswa yang sangat memerlukan bantuan.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai kemudahan kolej kediaman di universiti, Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibangkitkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Mungkin kita tidak boleh selesaikan di satu universiti, tetapi boleh ditingkatkan berperingkat kerana banyak universiti yang memerlukan. Dengan beberapa kaedah itu, kita cuba tingkatkan.

“Sekarang kerana peruntukan. Yang miskin pun ada, kita kena selesaikan, tetapi insya-Allah ada projek tambahan, itu saya boleh bagi jaminan,” katanya.

Berhubung dakwaan Menu Rahmah tiada di beberapa universiti, Anwar berkata, beliau akan meminta menteri yang bertanggungjawab untuk menyemak semula perkara itu dengan semua universiti sekiranya tidak berlaku seperti mana yang diharapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya