Kerajaan Perpaduan berjaya kekalkan kestabilan politik dan ekonomi - Utusan Malaysia

Kerajaan Perpaduan berjaya kekalkan kestabilan politik dan ekonomi

Saiful Fariddil Jasmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan Perpaduan gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti lain berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi sepanjang setahun pemerintahan ketika ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Fariddil Jasmi berkata, gabungan parti-parti politik dalam membentuk kerajaan itu tidak menjadi isu sebaliknya hala tuju dan matlamat jelas demi kepentingan rakyat dan negera berjaya membuahkan kejayaan.

Katanya, kepemimpinan UMNO dilihat terus memandang ke hadapan dalam membantu kerajaan memulihkan ekonomi, menangani peningkatan kos sara hidup serta memastikan kestabilan politik agar terus berkekalan.

“Kepemimpinan UMNO juga terus berganding bahu bekerjasama dan bersatu padu membawa rakyat dan Malaysia menuju ke arah kemajuan dan kemakmuran.

“UMNO juga akan sentiasa membantu menyumbang khidmat bakti bagi memastikan agenda kebajikan rakyat dan pembangunan negara diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Seterusnya Saiful Fariddil yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar berkata, UMNO juga membantu dan berperanan untuk semak dan imbang di dalam kerajaan.

“Antaranya seperti komuniti Madani, jawatankuasa komuniti Madani terdiri daripada gabungan parti komponen kerajaan Perpaduan.

“Ia juga membantu menyalurkan maklumat berkaitan kerajaan Madani dan info-info semasa kepada masyarakat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya