Kenapa persoalkan perjuangan solidariti Haneesya Hanee? - Utusan Malaysia

Kenapa persoalkan perjuangan solidariti Haneesya Hanee?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak isu Palestin-Israel mula mendapat perhatian penduduk dunia, ramai kalangan artis kita pun turut sama menyatakan solidariti mereka sebagai umat Islam terhadap saudara kita di Palestin.

Antara yang Cik Bunga tengok lantang bersuara adalah pelakon dan selebriti media sosial, Haneesya Hanee. Cik Bunga kagum dan puji semangat yang ada pada wanita berusia 23 tahun ini.

Dia mengambil alih peranan bak seorang aktivis dan Cik Bunga suka dengan caranya yang tak segan atau malu untuk menyatakan perjuangannya.

Tak seperti segelintir rakan artis lain yang tanpa segan masih tunjuk buat rebiu untuk produk yang menyokong negara penindas

Bagaimanapun, tak sangka juga Cik Bunga perjuangan Haneesya membuatkan ada segelintir yang tak senang duduk dan mengkritik.

Tak akanlah hanya disebabkan dia dilihat sebagai artis atau faktor usianya yang muda menyebabkan dia dikatakan tak layak nak bersuara?

Tak adil lah begitu. Pada Cik Bunga, eloklah dari muda ditanam dengan jiwa dan semangat perjuangan untuk kebaikan seperti ini.

Satu lagi, ada juga Cik Bunga terbaca, Haneesya tidak berhijab pun jadi isu dan pertikaian. Kononnya biar dia pakai tudung dulu baru sibuk nak bersuara pasal Palestin.

Hello! Jumud dan dangkalnya fikiran orang yang berkata demikian. Tak baik tahu! Cik Bunga takut yang sibuk cakap begitu entah-entah tak pernah bersuara pun pasal isu Palestin. Silap hari bulan, tak ada pengetahuan pun tentang apa sebenarnya yang terjadi di sana.

Menyampah juga dengan perangai segelintir orang yang suka nak kritik, komen negatif. Kadangkala kutuk orang sampai tak terlihat kesilapan diri sendiri.

Tak apalah Haneesya, yang penting Cik Bunga sokong semangat awak. Teruskan usaha yang baik tahu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya