Kena berlari, fokus stamina untuk konsert- Mamat - Utusan Malaysia

Kena berlari, fokus stamina untuk konsert- Mamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga vokalis Exists, Mamat mengakui perlu menjalani latihan intensif bagi menambah stamina dan tenaga untuk beraksi di Konsert Exists x Orkestra 22 Disember depan.

Jelas Mamat, dia sudah lama tidak beraksi di pentas berskala besar dan memerlukan stamina yang tinggi bagi memastikan dapat memberi yang terbaik apatah lagi dia bakal mempersembahkan 11 lagu popular.

“Kena lebihkan larianlah, stamina kena tinggi. Sekarang memang saya akui, stamina kurang. Lama tak ada konsert kan.

“Jadi untuk dapatkan stamina sama seperti dulu atau sekurangnya boleh nyanyi 11 lagu tanpa masalah, kena bersenam.

“Saya juga baru pertama kali raptai bersama Exists dan okestra. Jadi, insya-Allah konsert nanti semuanya akan berlangsung baik mengikut perancangan,” katanya.

Mamat ditemui usai sesi latihan bersama orkestra pimpinan pengarah muzik, Mohd. Isa Ismail yang bakal bersama-sama menggegarkan Mega Stars Arena, 22 Disember depan.

Dalam pada itu, seorang lagi vokalis Exists, Ezad Lazim turut mengambil pendekatan berjaga-jaga dalam aspek kesihatan sementelah peningkatan angka jangkitan Covid-19 kebelakangan ini.

“Kalau kita lihat, angka kes semakin meningkat. Memang merisaukan tetapi saya akan lebih berjaga-jaga dari aspek kesihatan. Kita mahu beri yang terbaik kepada semua peminat yang hadir.

“Kita harap semuanya baik-baik sahaja. Biarlah batuk-batuk sekarang, jangan malam konsert. Kita doa sama-sama ya,”ujarnya.

Bercakap tentang penjualan tiket, Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi selaku penganjur berkata, tiket setakat ini sudah terjual melebihi 50 peratus dan dia menggesa agar peminat tidak menunggu saat akhir untuk membeli.

“Sudah tentu Konsert Exists pada kali ini berbeza dengan apa yang pernah dilihat dan dipersembahkan mereka sebelum ini.

“Jika sebelum ini Exists bermain sebagai sebuah kugiran tetapi untuk konsert kali ini anda buat pertama kalinya akan menjadi sebahagian daripada sejarah kerana Exists akan bergabung dengan kumpulan orkestra.

“Kami selaku penganjur harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exists dan orkestra kerana menyambut baik cadangan kami lalu menjadikan ia sebuah kenyataan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya