Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™ Memperkasa 1,065 Kanak-kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah   - Utusan Malaysia

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™ Memperkasa 1,065 Kanak-kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah  

Menyokong 25 Rumah Kebajikan Kanak-kanak Tempatan dengan Menyediakan Makanan Berkhasiat Selama 2 Bulan, Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Cermin Mata Perskripsi Percuma Kepada Insan yang Memerlukan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: – Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi. Beban berganda malnutrisi didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama dan merentasi jangka hayat. Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak. 

Turut membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun. Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik. 

Bagi mengatasi isu ini, Ayam Brand™, satu jenama warisan Tanah Melayu yang berusia 131 tahun, yang terkenal dengan produk makanan berkualiti tinggi, sihat dan lazat yang bebas daripada bahan pengawet dan MSG, serta diyakini kehalalannya, kini kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023.

Bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’, kempen ini  telah mendekati 1065 kanak-kanak dari 25 rumah kebajikan di enam negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat. 

Bukan sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia. 

Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit. 

Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat, serta diyakini halal, termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™ . Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.

“Risiko malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir. Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini.

Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” kata Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.

 

Kata Cik Teoh Wei Ling lagi, “Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.” 

Di bengkel-bengkel  yang diadakan  kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama pakar pemakanan antaranya Pn Nabihah Hannan Razaleigh, Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital. Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.

“Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 yang baik, yang penting untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak.  Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu,” kata Pn Nabihah Hannan Razaleigh.

Kanak-kanak terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola yang membenarkan mereka melatih daya ingatan serta koordinasi tangan-mata sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati. 

Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di setiap lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi anjuran Ayam Brand akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya dalam masa terdekat.

Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka. 

“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™. Bagi kami, produk  Ayam Brand™ adalah enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan,” kata En Jamaluddin Bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, salah seorang wakil rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dalam kempen tahun ini.   

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya