Kementerian Kewangan akan selesai isu babitkan kredit e-Madani - Utusan Malaysia

Kementerian Kewangan akan selesai isu babitkan kredit e-Madani

LIM Hui Ying (dua dari kanan) ketika mengedarkan kalendar 2024 kepada para peniaga dan orang ramai di Pasar Chowrasta, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan akan cuba menyelesaikan isu membabitkan permohonan rakyat yang gagal untuk mendapatkan kredit e-Madani sebanyak RM100.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pada masa ini ramai individu yang sudah berjaya memperoleh kredit e-Madani dan dalam masa sama terdapat ramai yang mengadu permohonan mereka ditolak.

“e-Madani ini kita baru lancarkan, saya pun tahu ramai sudah dapat dan ramai juga ditolak (permohonan), apabila mahu merayu pun tidak boleh pula dan ada banyak masalah teknikal.

“Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan Kementerian Kewangan akan cuba tengok serta selesaikannya, selepas itu kita akan maklumkan kepada rakyat,” katanya selepas mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Permohonan untuk penebusan e-kredit tunai e-Madani sebanyak RM100 bermula 4 Disember sehingga 20 Februari tahun hadapan.

Orang ramai boleh memilih antara empat aplikasi e-dompet bagi melakukan permohonan tersebut iaitu antaranya Shopee, MAE Maybank, Touch N’ Go ataupun Setel Petronas. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya