Kementerian Kesihatan sedia 102 pasukan MHPSS bantu mangsa

Banjir: Kementerian Kesihatan sedia 102 pasukan MHPSS bantu mangsa

DR. DZULKEFLY Ahmad (dua dari kanan) menyantuni mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kementerian Kesihatan menyediakan 102 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan tersebut sudah ditempatkan tujuh buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Secara kumulatif, sebanyak 123 Bantuan Awal Psikologi (PFA) telah dijalankan kepada petugas kementerian bagi mengesan awal masalah kesihatan mental seterusnya memberi rawatan lanjut.

“Kita telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut dan persediaan itu bukan sahaja melibatkan pemantauan penyakit berjangkit sahaja tetapi juga melihat kepada kesihatan mental mangsa banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli, di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly memberitahu, kementerian menyediakan pasukan yang terdiri daripada 297 pasukan perubatan, 286 pasukan kesihatan dan 286 pasukan promosi kesihatan digerakkan ke PPS bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, sehingga hari ini, tiada keperluan bantuan petugas mobilisasi ke negeri yang terlibat banjir, namun pihaknya sentiasa bersedia untuk menggerakkannya jika diperlukan.

“Kita sudah ada pasukan perubatan dan kesihatan di kawasan berhampiran yang dapat digerakkan segera jika diperlukan.

“Setakat ini, kesiapsiagaan daripada kementerian berada dalam keadaan yang sangat baik dan sentiasa bersedia membantu mangsa banjir yang terlibat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya