Kemeja Checkered sesuai digayakan wanita - Utusan Malaysia

Kemeja Checkered sesuai digayakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kemeja bermotif checkered bukan lagi satu busana harian lelaki. Ini bukan sekadar kemeja, ini adalah kanvas untuk dirimu bergaya.

Kemeja bermotif checkered telah menjadi kegemaran ramai, termasuk juga dalam kalangan ikon fesyen antarabangsa yang menyemarakkan trend ini dengan gaya unik mereka. Salah seorang daripada ikon fesyen yang telah mengukuhkan status kemeja bermotif checkered sebagai item bergaya ialah Alexa Chung.

Alexa Chung sering menunjukkan gaya ini untuk menambahkan sentuhan kasual yang bersahaja kepada penampilannya yang elegan. Beliau sering memadankan kemeja bermotif checkered dengan skirt mini untuk menonjolkan gaya yang quirky dan edgy.

Kombinasi ini memberi keseimbangan yang menarik antara feminin dan kasual yang sesuai dengan personalitinya yang berani.

Tidak ketinggalan, ikon fesyen seperti Gwen Stefani yang turut memberi inspirasi dalam menggayakan kemeja bermotif checkered. Beliau dikenali dengan gaya rock chic yang dengan unsur checkered dalam penampilannya. Gwen sering mengenakan kemeja bermotif checkered dengan gaya streetwear yang effortless dan cool.

Minggu ini, ingin saya cadangkan akan kemeja bermotif checkered dari jenama tempatan, Adiwarna. Kemeja bermotif checkered dari Koleksi Dolla Shirt 4.0 mempunyai satu aura grunge yang boleh digayakan untuk wanita di Malaysia. Ia sesuai untuk santai dengan rakanmu dan juga untuk date night yang santai.

Bukan sekadar pakaian, kemeja bermotif checkered ni adalah simbol kebebasan dan kreativiti dalam bergaya.

Kemeja dari koleksi ini bukan sahaja menawarkan variasi warna yang memikat, tetapi juga akan potongannya yang sesuai dengan citarasa moden. Ia tidak hanya , tetapi juga mencipta keselesaan dengan kelabuhan yang mencukupi untuk dirimu menggayakanya.

Dengan potongan yang longgar tetapi masih mengekalkan keanggunan, kemeja bermotif checkered ini boleh dimasukkan ke dalam skirt atau seluar tanpa kelihatan janggal.

Bagi dirimu yang petite, pilihlah kemeja dengan corak yang kecil agar tak menenggelamkan tubuhmu. Padankan dengan skinny jeans atau pencil skirt untuk nampak lebih tinggi.

Buat yang bertubuh curvy, kemeja bermotif checkered over-sized adalah jawapannya! Tambah belt pada pinggang untuk emphasize bentuk badan dan padankan dengan seluar palazzo yang longgar. Gaya ini pasti membuatkan dirimu kelihatan stailo. Tak ketinggalan, ia juga boleh di-combo dengan maxi skirt untuk yang lebih berjiwa bohemian!

So, ladies, kemeja bermotif checkered bukanlah sekadar kain checkered biasa atau kain pelikat. Ia adalah peluang untuk dirimu bergaya dan ekspresi diri! Jadi, mari berani cuba dan bergaya dengan kemeja bermotif checkered, menjelajahi dunia fesyen tanpa batasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya