Kematian Zayn Rayyan: Polis terima rakaman ‘dashcam’ - Utusan Malaysia

Kematian Zayn Rayyan: Polis terima rakaman ‘dashcam’

Zayn Rayyan
HUSSEIN Omar Khan ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-78, dekat Istana Alam Shah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis menerima rakaman video kemera papan pemuka daripada pemilik yang meletakkan kenderaan mereka Apartment Idaman, Damansara Damai tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakaman tersebut diperolehi baru-baru ini dan semakan sedang dibuat terhadap video berkenaan bagi mengenal pasti petunjuk positif siasatan terhadap kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.

“Ada (terima video), masih tengah semak sebab rakamannya lama dan panjang, jadi kita sedang semak. Saya tak dapat figure (jumlah video yang diterima) tetapi kita sudah terima (video),” katanya ketika ditemui di Istana Alam Shah, hari ini.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-78.

Beliau menambah, terdapat banyak lorong tikus di sekitar kawasan perumahan tersebut termasuk di lokasi penemuan mayat kanak-kanak penghidap autisme itu.

“Sebab itu saya kata siasatan masih terbuka dan kita melihat dalam pelbagai angle, sama ada dalam kawasan (perumahan) itu atau luar. Jadi kita tak mahu terlepas dalam mana-mana angle dalam siasatan,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan pencarian sama sebelum ini termasuk dalam radius pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran menyebabkan mangsa berusia enam tahun itu tidak dapat ditemukan sebelum ini.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-78.

Hussein memaklumkan, anugerah diterimanya sebagai penghargaan secara peribadi dan dikongsikan dengan seluruh warga Polis Kontinjen Selangor yang bertungkus-lumus setiap hari menjaga keamanan, ketenteraman dan menyelesaikan isu jenayah serta bencana di negeri ini.

“Satu penghargaan kepada seluruh warga Selangor amnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mungkin ekoran daripada dua bencana besar yang berlaku di Selangor iaitu tragedi tanah runtuh di batang kali dan pesawat terhempas di Elmina.

“Selain itu, tindakan pantas polis dalam menyelesaikan isu panggilan bom palsu di sekolah-sekolah dan lain-lain kes yang kita bertindak cepat serta berkongsi maklumat perkembangan dengan masyarakat. Antara yang saya percaya, perkhidmatan PDRM terutama di Selangor di tahap yang terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya