Kemas kini PADU, elak tercicir program subsidi bersasar - Rafizi

Kemas kini PADU, elak tercicir program subsidi bersasar – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada tindakan dikenakan kepada rakyat jika mereka memilih untuk tidak mahu mengemas kini data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU).

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jika kemas kini tidak dibuat, rakyat mungkin tercicir menikmati program subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan kelak.

Beliau berkata, proses kemas kini data menerusi PADU mula dibuka pada 2 Januari ini hingga 31 Mac depan.

“Jika tak update (kemas kini) tiada masalah. Tapi kalau anda tak dapat (subsidi) jangan marahlah. Tak nak update (kemas kini) boleh tetapi kerajaan akan menggunakan maklumat sedia ada dalam semua pangkalan data milik kerajaan. 

“Kami akan menggunakan data sedia ada itu bagi menentukan profil isi rumah dan kelayakan dapat atau tidak subsidi bersasar itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kata Rafizi, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya akan menggunakan data sedia ada bagi menentukan kelayakan bagi setiap program bantuan oleh kerajaan.

Beliau berkata, PADU akan menyediakan profil isi rumah paling tepat bagi penyasaran semua subsidi yang disediakan kerajaan kelak.

Sementara itu, beliau mengesahkan bahawa data di bawah PADU tidak akan diintegrasikan dengan mana-mana sistem maklumat daripada institusi perbankan.

Katanya, sistem bank termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang tidak membenarkan sebarang perkongsian berkaitan data pelanggan.

“Kalau berkaitan dengan bank, tak ada. Sebab bank ada Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkan perkongsian data itu,” katanya.

PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.

Ia  dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan PADU pada 2 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya