Keluarga tunggu laporan bedah siasat Zayn Rayyan

Keluarga tunggu laporan bedah siasat Zayn Rayyan

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Keluarga masih lagi menunggu keputusan bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 28, berkata, jenazah Zayn Rayyan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, urusan pengebumian masih bergantung kepada pihak hospital dan keputusan laporan bedah siasat.

“Kami bercadang untuk melakukan solat jenazah di Masjid Damansara Damai dan akan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 Kota Damansara.

“Bagaimanapun kami belum pasti lagi sebab ia bergantung kepada pihak hospital,” katanya yang ditemui di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Sementara itu, wakil pihak hospital yang enggan dikenali berkata, tidak dapat dipastikan bila proses bedah siasat dijangka selesai.

“Semuanya bergantung kepada pihak polis,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan berkumpul di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh sejak pukul 9.30 pagi.

Semalam media melaporkan kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya.

Mohamad Fakhrudin berkata, kanak-kanak berkenaan ditemukan kira-kira pukul 10 malam.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan ditemukan kira-kira 100 meter dari kediamannya.

Zayn Rayyan dilapor hilang sejak 12.30 tengah hari  pada Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya