Di Malaysia had umur minimum bagi mendapatkan lesen memandu dan menunggang motosikal, masing-masing 17 tahun 16 tahun.
Dulu, ada ura-ura had umur itu akan dikaji kerana dikatakan tidak sesuai. Namun hingga kini ia kekal pada angka itu.
Usia ni, jadi isu sebab ada pihak mempertikaikan ia sebagai peringkat umur yang belum matang. Begitupun ramai juga berpendapat usia 16 dan 17 tahun sebagai masa yang sesuai dan selayaknya dengan situasi semasa.
Masalah pemanduan dikaitkan dengan disiplin, bukan faktor usia. Malah dalam banyak tragedi kemalangan, faktor lain seperti persekitaran dan keadaan jalan raya itu sendiri sebagai faktor pencetus.
Saya kira kalau nak ambil lesen ini, sebenarnya bukan soal boleh atau berkemampuan memiliki kenderaan berkenaan semata-mata.
Sebaliknya ia berkaitan rasa tanggungjawab yang mana ia harus datang bersama saat kita berjaya mendapat lesen. Sewaktu berbual dengan kenalan saya Cikgu Salmah, katanya tak susah nak kenal pelajar ada lesen atau tidak.
“Pelajar tiada lesen, biasanya mereka parkir jauh-jauh. Yang parkir depan pintu pagar, biasanya yang sudah ada lesen. Sebab ia berkaitan dengan aspek psikologi. Andaikan kalau road tax kita sudah tamat tempoh, kita akan automatik rasa panik kan,” katanya memberikan contoh.
Situasi murid dan pelajar membawa kenderaan, khususnya motosikal di negara ini bukanlah pemandangan pelik. Di sebuah kampung (tidak perlu saya mention), budak sewal usia sembilan tahun sudah ramai yang pandai menunggang motosikal.
Malah pemandangan itu bukanlah sesuatu yang aneh. Yang anehnya ialah bila umur sedemikian tidak tahu naik motor.
Begitulah perumpamannya. Ada lesen atau tidak, jatuh nombor dua. Nombor satu, kena pandai naik motor dulu.
Sebenarnya saya takut melihatkan ‘keberanian’ segelintir ibu bapa yang membenarkan anak mereka yang masih bawah umur ini membawa kenderaan tanpa lesen.
Tak rasa bersalah ke membiarkan anak pada usia masih mentah, mengingkari peraturan? Individu memandu tanpa lesen boleh dikenakan kompaun, kenderaan mereka boleh disita, malah ibu pun boleh terheret sama.
Maka, apa lagi yang pihak sekolah boleh buat kalau kesilapan itu memang sudah datang daripada pemikiran ibu dan bapa?