Kek batik coklat gulung lebih estetik - Utusan Malaysia

Kek batik coklat gulung lebih estetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBIASAANNYA kek batik dihidangkan dalam bentuk segi empat sama. 

Namun, kali ini Seri kongsikan resipi daripada Sakinah Yusof yang menghasilkan kek batik gulung. 

Tampak lebih menarik apatah lagi selepas dipotong menjadi bentuk bulat yang comel. Jom cuba. 

BAHAN A  

1/2 cawan gula  

1 cawan mentega atau majerin  

1 cawan susu cair  

1 cawan serbuk koko  

300 gram biskut marie 

BAHAN B  

Syiling coklat gelap  

Krim putar  

Nestum 

CARA-CARA 

*Campur semua Bahan A kecuali biskut.  

*Masak api perlahan dan kacau sebati sehingga tidak berketul.  

*Masukkan biskut marie dan kacau sampai bersalut elok dan sedikit pekat terus tutup api.  

*Sediakan parchment paper dan letak adunan tadi. 

*Balut dan gulung memanjang.  

*Simpan dalam peti ais sehingga beku.  

*Kemudian buat ganache menggunakan secawan lebih syiling coklat.  

*Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil dan masukkan krim putar sedikit demi sedikit mengikut kepekatan diingini.  

*Keluarkan kek batik yang telah dibekukan dan apabila ganache sedikit suam terus tuang atas kek.  

*Ratakan sedikit di bahagian tepi dan sejukkan semula di dalam peti sejuk semalaman.  

*Akhir sekali tabur nestum dan potong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya