Kejohanan kuda lasak PPj rekod sejarah penyertaan teramai

Kejohanan kuda lasak PPj rekod sejarah penyertaan teramai

SEKITAR Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden PPj 2023 yang berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Edisi keempat Kejohanan Kuda lasak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) 2023 mencatat rekod tersendiri apabila disertai 122 peserta iaitu paling ramai dalam sejarah penganjuran.

Malah, Persatuan Ekuestrian Malaysia turut mengiktiraf kejohanan itu sebagai penyertaan terbanyak diterima dalam satu-satu kejohanan berkuda di Lembah Kelang.

Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, ia turut membuktikan kejayaan PPj dalam penganjuran sukan kuda lasak di negara ini sekali gus membantu melonjakkan lagi industri equestrian negara.

Beliau berkata, kejohanan yang berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya, Presint 13 itu membabitkan trek sejauh 40 kilometer (km).

“Lumba kuda lasak adalah sukan lumba jarak jauh terkawal yang menguji ketahanan kuda untuk sampai ke penamat yang diktiraf oleh Fédération Equestre Internationale (FEI).

“Kuda yang layak menyertai hendaklah melepasi pemeriksaan doktor veterinar sebelum dibenarkan meneruskan tunggangan serta perlu melepasi pemeriksaan akhir selepas menghabiskan jarak acara,” katanya ketika ditemui semalam.

SEKITAR Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden PPj 2023 yang berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya.

Katanya, antara yang dinilai ialah kadar degupan jantung 64bpm, kelajuan menunggang minimum 8km/jam dan maksimum 16km/jam serta lain-lain faktor.

Fadlun berkata, trek kuda lasak Taman Wetland Putrajaya merupakan trek yang menjanjikan keselesaan dan kepuasan menunggang kerana mempunyai permukaan trek yang kebanyakannya rata, luas dan bebas dari keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada kuda.

Menurutnya, trek ini juga turut memaparkan pemandangan menarik keindahan Wetland Putrajaya di sepanjang laluan.

Dalam kejohanan itu, johan disandang M Khusyazzrien M Salleh dari PPj diikuti Asisten Komisioner Rosli Md Yusof (Polis Diraja Malaysia) bagi naib johan dan tempat ketiga pula dimenangi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Johan membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala, naib johan (RM1,000), ketiga (RM700) dan tempat ke empat hingga ke sepuluh menerima wang tunai RM200 setiap seorang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya