Kebaya Nyonya pemberian ibu tumpaskan persalinan pereka terkenal, Susan Lankester tak sangka pulang AACA2023 bawa anugerah - Utusan Malaysia

Kebaya Nyonya pemberian ibu tumpaskan persalinan pereka terkenal, Susan Lankester tak sangka pulang AACA2023 bawa anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Susan Lankester, 61, meluahkan rasa gembira apabila busana Kebaya Nyonya milik ibunya yang digayakannya semasa menghadiri Asian Academy Creative Award 2023 (AACA 2023) diiktiraf sebagai pakaian terbaik sempena penganjuran tersebut.

Kongsi pelakon filem Rain Town itu lagi, persalinan yang berusia lebih lima dekad itu berjaya mengenepikan busana-busana ciptaan pereka ternama menerusi kemenangan berkenaan.

“Ia amat selesa dipakai tanpa perlu saya ubah saiznya mengikut saiz badan saya.

“Saya gembira, pakaian yang dihadiahkan ibu, yang usianya lebih lama daripada saya mencipta kenangan pada malam itu,” katanya semasa majlis pelancaran filem Rain Town, dekat sini.

Dalam masa sama, Susan turut berkongsi rasa gembira atas kemenangan Azira Shafinaz yang merangkul anugerah Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada majlis penganugerahan tersebut.

“Ia pengalaman tidak dapat dilupakan. Sebagai penerima anugerah yang sama dua tahun lepas, saya bangga dengan Azira.

“Bahkan saya terlalu teruja pada malam itu sehingga menjerit sekuat hati nama Malaysia sewaktu mengumumkan kemenangannya.

“Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya