Katak pacman, dulu geli kini sayang - Utusan Malaysia

Katak pacman, dulu geli kini sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SAYA suka katak sebab ia comel dan montel. Saya selalu bermain dengan katak, kadang-kadang pegang di tangan dan mengusap badannya. 

“Memang ia akan mudah melompat ketika dipegang, tetapi itu memang cara bermain dengan haiwan yang jinak ini,” kata Nur Dayanaezzati Mohd. Hisam. 

Gadis 29 tahun ini menjadikan spesies amfibia berkenaan sebagai binatang peliharaan di rumah. 

Beliau langsung tidak kekok memegang katak daripada baka pacman. 

Ada lebih lima katak daripada spesis bercorak itu dibelanya, sejak beliau bekerja dengan perkhidmatan zoo bergerak, Ultimate Petting Zoo & Animal Show. 

“Mula-mula memang rasa geli nak pegang sebab permukaan badannya lembik. Selepas beberapa hari baru berani pegang,” katanya memberi reaksi. 

Minat bela katak tercetus sejak Dayanaezzati bekerja di Petting Zoo. Bermula dengan hanya suka melihat tarikan warna katak pacman, akhirnya timbul minat untuk memilikinya. 

MAKAN KATAK LAIN 

Mengulas mengenai aspek penjagaan, kata Dayanaezzati, spesis katak yang boleh membesar sehingga saiz tapak tangan orang dewasa itu agak mudah dibela kerana tidak perlu diberi makan setiap hari. 

“Ia hanya perlu diberi makan dalam tempoh tiga atau empat hari sekali. Saya bagi makan palet yang lengkap protein. 

“Nak bagi anak ikan atau makanan lain seperti serangga, cacing tanah, cengkerik atau tikus putih pun boleh,” katanya. 

Dayanaezzati menegaskan, bagi individu yang berhajat membela katak sebagai haiwan perliharaan, mereka perlu berhati-hati kerana katak merupakan spesis pemangsa yang berupaya memakan katak lain yang bersaiz lebih kecil daripadanya. 

Atas alasan itu jugalah mendorong Dayanaezzati mengasingkan katak belaannya dalam bekas berbeza. 

“Pastikan ada tempat kering dan lembap dalam bekas berkenaan. Kalau nak lembap, ia akan duduk di dalam air. Pastikan air ditukar setiap tiga hari sekali bagi menjamin kebersihan. 

“Saya letak span dalam bekas tersebut bagi memudahkannya mengeringkan badan. Katak pacman tidak begitu aktif berbanding katak lain,” katanya.

SENSITIF KUALITI AIR 

Setiap haiwan belaan memiliki cabaran tersendiri, tidak terkecuali buat katak pacman ini. 

Kongsi Dayanaezzati, katak sensitif pada air yang tercemar dan tidak boleh berada dalam persekitaran kotor. 

Kekotoran dan pencemaran memudahkan katak mendapat jangkitan bakteria dan kulat pada bahagian kulit dan mata. 

“Tanda jangkitan itu dapat dikenal pasti seperti berlaku kemerahan, bengkak atau nanah. 

“Justeru, kalau katak hilang selera makan, bawa berjumpa doktor haiwan eksotik berpengalaman bagi mengelakkan jangkitan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya