Kapal persiaran sedang dibaiki musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kapal persiaran sedang dibaiki musnah terbakar

SEBUAH kapal persiaran yang sedang dibaiki musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Limbongan Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini. - PIC: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Sebuah kapal persiaran yang sedang dibaiki musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Limbongan Batu Maung, di sini, petang tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2.44 petang sebelum sekumpulan anggota bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu anggota BBP Jalan Perak dan BBP Seri Balik Pulau.

SEBUAH kapal persiaran yang sedang dibaiki musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Limbongan Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini. – PIC: IHSAN BOMBA

Jelas beliau, kebakaran melibatkan keseluruhan kapal dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Bagaimanapun, iada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya