Kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai

ANGGOTA PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu menjalankan operasi mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu, petang ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TENGKU

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak- kanak dikhuatiri lemas manakala dua terselamat ketika bermandi-manda di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata, pihanya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.46 petang.

Menurut beliau, mangsa yang dikhuatiri lemas itu ialah Muhd. Haraz Ilman Sharil Ridzuan, 11.

Dua lagi yang terselamat adalah adiknya, Muhd. Firaz Wafi, 9, dan seorang lagi rakan dua beradik itu yang belum dikenal pasti identitinya.

“Sebaik menerima maklumat, seramai 13 pegawai dan anggota termasuk enam anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) digerakkan ke lokasi,’ katanya di sini, petang ini.

Menurutnya, dua kanak-kanak itu diselamatkan orang awam yang berada berdekatan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, seorang lagi yang dikhuatiri lemas itu belum dijumpai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya