Kalau ada yang mahu rasa naik turun mahkamah, teruskan menghina - Syura Badron - Utusan Malaysia

Kalau ada yang mahu rasa naik turun mahkamah, teruskan menghina – Syura Badron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalian mahu menegur, saya terima dengan hati terbuka. Tetapi tak perlu sampai memaki dan menghina. Kalau ada yang mahu rasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian.”

Demikian penegasan penyanyi, Syura Badron yang mendedahkan masih menerma kecaman berbentuk makian dan hinaan berhubung kes mahkamah lima sekawan melibatkan penyanyi, Siti Nordiana.

Syura berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak berhenti mengecam sehingga menghina di media sosial ataupun secara umum.

“Kalian tidak sedar ke apa yang kalian pun sedang mengumpat juga sekarang ini? Ambillah pengajaran daripada apa yang saya sudah alami.

“Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara pesanan langsung (DM) di Instagram atau umum.

“Kalau masih ada yang meneruskan perbuatan itu, tunggu sahaja surat peguam dari saya,” ujar Syura menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Terdahulu, kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima rakan artis termasuk Syura berkaitan siaran langsung dalam Instagram (IG), selesai secara baik selepas kedua-dua pihak saling bermaafan dan memilih untuk tidak memanjangkan perbicaraan yang berlarutan selama dua tahun.

Kontroversi tersebut tercetus selepas Lan dan Syura mengadakan sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai 2021 dan berkongsi mengenai konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana.

Dalam hantaran sama, Syura turut memuat naik tangkap layar ‘serangan siber’ seorang pengguna media sosial yang menggelarkannya sebagai penunggang agama dan memperlekeh akademik mereka.

Penyanyi Nazam Berkasih itu dalam perkongsian lain turut mempersoalkan niat segelintir warganet acah serba tahu yang tetap mengecam dia dan rakannya walaupun kes tersebut telah selesai secara baik.

“Setiap hantaran media kalian nak kecam, apa kalian mahu sebenarnya? Bukan ke kalian juga yang mahu lihat kami bermaaf-maafan. Bila dah buat, perli pula.

“Kalian kecam, gelakkan. Bila saya jawab balik, kalian cakap saya bodoh. Sudah-sudahlah, move on!” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya