Kalau ada berkecil hati, segera selesaikan - Azadan kongsi amalan untuk Rabbani kekal bertahan - Utusan Malaysia

Kalau ada berkecil hati, segera selesaikan – Azadan kongsi amalan untuk Rabbani kekal bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Hormat dan percaya kepada ketua yang dilantik,”

Itu antara amalan yang diteruskan anggota Rabbani, seperti yang diberitahu ahlinya, Azadan Abdul Aziz dalam mengelakkan kumpulan mereka terkubur dan berpecah.

Kata Azadan, Tradisi itu diamalkan sejak kumpulan itu mula aktif dalam dunia nasyid tempatan pada tahun 1997.

“Ketua penting. Sebagai ahli, kena hormat dan percaya ketua yang dilantik.

“Kalau ada masalah, ahli akan berbincang dan serahkan kepada ketua untuk putuskan penyelesaian.

“Alhamdulillah, amalan itu yang kami teruskan sampai sekarang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Azadan diminta mengulas tentang isu kumpulan muzik yang sebilangan besarnya berakhir dengan perpecahan.

Kata Azadan lagi, hubungan sesama ahli juga perlu dijaga dan dipelihara agar satu-satu kumpulan itu kekal bertahan lama.

“Ahli Rabbani sudah bersama sejak kami menuntut di sekolah pondok lagi. Hubungan kami ibarat adik beradik, malah lebih rapat berbanding dengan keluarga sendiri kerana pada awalnya, kami banyak habiskan masa bersama.

“Kami kenal hati budi masing-masing, jadi kesefahaman, tolak ansur dan hormat menghormati antara kami terpelihara meskipun ketika berdepan masalah.

“Kami tak pernah bergaduh dan bermasam muka. Kecil hati itu biasa, tapi kami segera selesaikan,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, niat yang telah diperbetulkan sejak awal turut membuatkan kumpulan yang diiktiraf paling popular sebanyak 10 kali di Anugerah Bintang Popular itu, bertahan lama.

“Niat untuk dakwah. Dari situ kami korbankan jiwa raga, bersama dalam susah senang untuk memartabatkan industri nasyid negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya