Kabinet: Amir Hamzah dilantik pengalaman luas korporat, ekonomi - Anwar

Kabinet: Amir Hamzah dilantik pengalaman luas korporat, ekonomi – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II dibuat berdasarkan pengalaman luas figura korporat itu dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Perdana Menteri berkata, keputusan melantik Amir Hamzah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

Beliau berkata, selain dirinya dalam mengemudi Kementerian Kewangan, porfolio berkenaan perlu dikendalikan oleh tokoh profesional.

“Portfolio ini mesti ada pasukan profesional yang kuat bagi memastikan kita di landasan tepat untuk fokus dalam meningkatkan ekonomi negara.

“Pelantikan beliau (Amir Hamzah) juga tanpa dipengaruhi tekanan politik dan beliau menunjukkan kecekapan dan menguruskan KWSP dengan cara yang sangat mengagumkan dan memuaskan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman barisan Kabinet baharu di sini hari ini.

Amir Hamzah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tokoh korporat dilantik mengganggotai barisan Kabinet baharu sebagai Menteri Kewangan II.

Figura korporat itu menyertai KWSP pada tahun 2021 dan beliau adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak tahun 2019 dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam dunia korporat.

Amir pernah berkhidmat di Kumpulan Syarikat Shell, MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya