JPJ tingkat operasi di Kuala Muda, hotspot kemalangan maut 

JPJ tingkat operasi di Kuala Muda, hotspot kemalangan maut 

AEDY Fadly Ramli (depan,tiga dari kanan) bergambar bersama sebahagian Kadet JPJ selepas Perasmian Penutup Jamboree Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan di Akademi Binaan Malaysia, Sintok di Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhebat operasi jalan raya di kawasan panas seluruh negara bagi mengekang kemalangan maut yang semakin meningkat sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, statistik menunjukkan daerah Kuala Muda, dekat sini mencatatkan kemalangan maut tertinggi iaitu sebanyak 121 kes.

“Di tempat lain ada beberapa tempat dikenal pasti melalui statistik yang berlaku peningkatan tetapi di Kuala Muda tertinggi di Malaysia iaitu 121 kemalangan maut.

“JPJ akan sepenuhnya berusaha mengekang perkara ini dengan mengadakan banyak operasi. Tahun lalu di Batu Pahat, Johor tetapi angka kemalangan sudah turun kerana pendekatan advokasi dan operasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Jamboree Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan di Akademi Binaan Malaysia, Sintok di sini hari ini.

Katanya, selain Kuala Muda beberapa daerah lain seperti Kota Setar, Kajang dan Batu Pahat turut mencatatkan peningkatan dalam kes kemalangan maut.

“Operasi ini akan diadakan secara bersepadu di kawasan berkenaan oleh JPJ peringkat negeri dan ibu pejabat. Tumpuan adalah kepada penunggang motosikal yang banyak terbabit dalam kemalangan maut.

“Faktor yang dikenal pasti mengakibatkan kemalangan itu adalah pemanduan yang tidak berhemah dan melulu,” katanya.

Beliau berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang ditetapkan di jalan raya sehingga mengakibatkan kemalangan meragut nyawa.

“Kita buat program advokasi pengguna jalan raya kerana masih banyak lagi tidak mematuhi peraturan dan undang-undang kerana kita nampak peningkatan dalam statistik kemalangan maut,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya