Johor pantau 17 empangan, siap sedia hadapi monsun

Johor pantau 17 empangan, siap sedia hadapi monsun

MOHAMAD Fazli (kanan) mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kota Iskandar, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua 17 empangan di negeri ini akan terus dipantau sebagai persediaan kerajaan negeri menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berterusan hingga Mac, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pemantauan itu dibuat bagi memastikan empangan sedia ada dapat menampung jumlah hujan yang banyak.

Bagaimana katanya, keadaan empangan ketika ini tidak sekritikal seperti ketika keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Johor termasuklah Batu Pahat dan Kluang, awal tahun ini.

“Kalau ikut rekod kita pada bulan tiga tahun ini, meskipun taburan hujan yang tinggi ketika itu, empangan kita dalam keadaan terkawal dan overflow juga dalam keadaan terkawal.

“Kita jangka monsun pada tahun ni juga tidak kritikal seperti sebelum ini, Insya-Allah akan terkawal. Kita sentiasa membuat pemantauan di semua empangan, ada yang di bawah pemantauan Ranhill SAJ, ada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Badan Kawal Seliaan Air Johor (BAKAJ),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung prestasi semasa empangan di negeri ini sama ada boleh menampung jumlah hujan yang banyak susulan hujan lebat ketika MTL.

Dalam kejadian banjir di Johor pada Mac lalu, empat empangan di negeri ini telah mencatatkan paras bahaya susulan hujan berterusan.

Empat empangan itu adalah Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di Segamat, Empangan Labong di Endau, Mersing dan Empangan Machap di Simpang Renggam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya