Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi

Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rombakan Kabinet menyaksikan pelantikan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Ia ekoran penyandang sebelum ini iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai rombakan Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Semalam, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dijangka mengadakan penstrukturan semula Kabinet hari ini, sekali gus menjadi perubahan pertama dalam kepimpinan selepas gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya.

Perkara itu disahkan Anwar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pagi tadi.

Buat masa ini, antara portfolio yang dijangka diumumkan esok ialah bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya