Jenazah M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi

Jenazah M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi

JENAZAH Allahyarham Datuk M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi di sini untuk disembahyangkan. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Jenazah Allahyarham Datuk M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi di sini untuk disembahyangkan.

Jenazah penyanyi veteran itu dibawa menaiki van dari kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh dan tiba di masjid berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Lebih 200 orang terdiri dalam kalangan keluarga, penduduk setempat dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Allahyarham yang meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan semalam, akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh.

Pemergian pelantun lagu Cek Mek Molek itu disahkan oleh anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya itu dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu kerana bacaan gula dalam darah yang tinggi.

Malah katanya, sepanjang dirawat, bacaan gula dalam darah bapanya itu juga tidak menentu.

“Pada pukul 4.46 tadi doktor mengesahkan bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.

Daud Kilau, 85, sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya