JBPM Kelantan pantau lokasi banjir termenung 

JBPM Kelantan pantau lokasi banjir termenung 

ZAINAL Madasin (tiga, kiri) semasa mengagihkan bantuan bersama Yayasan Raja Shamri di kepada penduduk di Kampung Teluk Jering, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan terus memantau lokasi banjir termenung yang masih melanda di jajahan ini dan Pasir Mas.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pemantauan itu melibatkan aspek keselamatan penduduk dan khidmat bantuan khas.

Menurutnya, walaupun banjir semakin surut namun sesetengah lokasi masih ditenggelami air sehingga satu meter.

“Masih ada mangsa tinggal di rumah yang dilanda banjir termenung. Namun, jika paras air meningkat, kami akan minta mereka untuk berpindah.

“Selain itu, pihaknya juga menyediakan khidmat khas membawa makanan untuk diberi makan kepada kucing yang ditinggalkan pemilik kerana berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama Pengerusi Yayasan Raja Shamri (YRS), Raja Shamri Raja Hussin mengagihkan 100 bungkusan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Teluk Jering, di sini hari ini.

Zainal memberitahu, pihaknya mengharapkan kerjasama daripada penduduk agar sentiasa berwaspada dengan banjir termenung.

“Elak bermain air banjir kerana penduduk berisiko terkena penyakit bawaan air seperti taun dan cirit-birit.

“Selain itu, di dalam air banjir ini adanya benda tajam dan haiwan berbisa yang boleh mengundang bahaya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya