Jawatankuasa Masjid Nur Bakti lawat Masjid Bangsar

Jawatankuasa Masjid Nur Bakti lawat Masjid Bangsar

ROMBONGAN 42 Jawankuasa dan anak karian Masjid Nur Bakti melawat Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 42 ahli Jawatankuasa Masjid Nur Bakti, Wakaf Baru, Kuala Nerus, Terengganu mengadakan lawatan ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA), Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai Pengerusinya, Mohamad Zabry Othman turut disertai timbalannya, Ir Zakaria Abdullah serta 12 ahli Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan.

Mereka disambut dan diraikan oleh Jawatankuasa MSAB yang diketuai naqib masjid, Ustaz Zakaria Yahya. Hadir sama, Pengerusi Hal Ehwal Wanita MSABA, Datin Seri Junainah Abdon.

Menurut Mohamad Zabry, lawatan berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua masjid.

“Kami juga ingin bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengetahuan dalam pengurusan masjid dan menimba pengalaman pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh MSABA,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya