PETALING JAYA: Program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandar Raya Subang Jaya (MBSJ) kembali bagi edisi ke-16 pada 10 Disember 2023 (Ahad) bertempat di Jalan Kemajuan Subang (hadapan Aeon Big dan Subang Parade, Subang Jaya),
Ia bermula pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Lebih 20 aktiviti aktiviti riadah dan sukan yang bakal disajikan bagi seisi keluarga seperti acara Senamrobik, Pertandingan ‘Street Soccer’, Aktiviti Memanah, ‘Repelling, Abseling dan Flying Fox’, Bazar Sarapan Pagi, Pasar Karloot, Pemeriksaan Kesihatan dan Mata
Percuma, Pameran Cegah Jenayah PDRM, Pameran Askar Wataniah, Pameran Penghasilan Baja Kompos MBSJ, Pameran Kesedaran Bahaya Denggi MBSJ, Kaunter Mesra Rakyat MBSJ, Kaunter Bergerak Cukai Taksiran MBSJ, Kaunter Selamatkan Makanan Kita –’What A Waste’, Kaunter Eco Free Market, Persembahan Buskers MBSJ, Demonstrasi Memasak Oleh Chef Selebriti Sakya dari Hotel Summit serta cabutan bertuah istimewa buat semua para pengunjung.
Edisi pada kali ini turut dimeriahkan lagi dengan Kayuhan Santai : Subang Jaya Urban 35KM Ride dan ‘The Final Selangor Criterium Series 2023’.
Bakal menjadi tarikan adalah Demonstrasi istimewa Tarian Perang oleh Platun Tiger, Polis Diraja Malaysia. Semua warga Subang Jaya mahupun kawasan sekitar dijemput hadir bagi menyertai dan memeriahkan program ini.
Sehubungan dengan itu, satu Pelan Pengurusan lalulintas di SS16 melibatkan Jalan Kemajuan Subang, Persiaran Kemajuaan SS16, Persiaran Jengka dan Jalan SS16/2 akan dilaksanakan pada jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. (sila rujuk panduan pelan
pengurusan lalulintas).
Pengguna lalulintas dan penduduk di kawasan sekitar dinasihati untuk mematuhi Pelan Pengurusan ini sekaligus merancang perjalanan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang program ini berlangsung. Segala kesulitan sepanjang penganjuran program ini amatlah dikesali. – UTUSAN