Jakoa Pahang hantar mayat wanita Orang Asli

Jakoa Pahang hantar mayat wanita Orang Asli ke pedalaman Ulu Jelai

MAYAT wanita Orang Asli dinaikkan ke atas kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli Cameron Highlands untuk dibawa pulang ke Pos Sinderut, Ulu Jelai, Lipis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang menguruskan penghantaran pulang mayat seorang wanita Orang Asli ke Pos Sinderut, Ulu Jelai yang meninggal dunia akibat terkena jangkitan kuman ke Pos Sinderut, Ulu Jelai hari ini.

Pengarah JAKOA Pahang, Johari Alwi berkata, urusan penghantaran mayat, iaitu Siti A/P Selenuan berusia 57 tahun dari Hospital Lipis selamat dihantar ke Kampung Santut, Pos Sinderut untuk pengebumian dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan Jakoa Cameron Highlands kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

“Penghantaran mayat wanita berkenaan yang meninggal di Hospital Lipis turut mendapat kerjasama Pejabat Jakoa Lipis yang menguruskan sehingga selesai dinaikkan ke kenderaan di perkarangan hospital tersebut.

“Sebelum ini, pada 14 Disember lalu, berlaku sedikit kelewatan masa penghantaran mayat dua wanita Orang Asli ke Kampung Lenjang dan Kampung Sinderut yang meninggal dunia menjadi isu hangat dan paparan di media disebabkan kenderaan yang dijadualkan menghantar mayat tersebut berada di Cameron Highands dan Pekan kerana tugasan lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Johari, Jakoa mengambil tanggungjawab penuh serta cakna dengan kelewatan tersebut selain mengambil risiko kerana mayat yang meninggal dunia minggu lalu akibat jangkitan Covid-19 dan satu (seorang) lagi mengalami jangkitan kuman termasuk jarak penghantaran jauh ke pedalaman..

Beliau berkata, menerusi kerjasama semua pihak, mayat Wak Sai Bah Ema berusia 48, dihantar ke Kampung Lenjang menggunakan kenderaan Jakoa Pekan, manakala mayat Erra Fazira Hamzah berusia 27 tahun dihantar ke Kampung Sinderut dengan perkhidmatan kenderaan Jakoa Cameron Highlands.

“Hari ini penghantaran penghantaran mayat wanita Orang Asli, Siti A/P Selenuan tidak lagi berlaku kelewatan dan berjalan lancar dengan menggunakan kenderaan Jakoa Cameron Highlands serta bantuan Pejabat Jakoa Lipis dan selamat tiba di kampungnya walaupun melalui perjalanan yang jauh di pedalaman Ulu Jelai.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang turut membantu termasuk Pejabat Menteri Besar Pahang melalui wakilnya di sini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya