Jabatan Pendidikan Negeri boleh urus DLP

Jabatan Pendidikan Negeri boleh urus DLP

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) membabitkan murid Tahun Satu di sekolah rendah boleh diurus di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan DLP tersebut akan diuruskan secara berasingan berdasarkan kes.

“Kita akan lihat dari setiap kes ini secara berasingan, apa isunya, apa halangannya yang perlu diselesaikan di peringkat garis panduan misalnya, yang mesti diambil kira di peringkat JPN dan sekolah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Bicara Profesional Kurikulum Persekolahan 2027 di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan pelaksanaan sepenuhnya DLP di lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Bukit Nanas (1), SK Bukit Damansara, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, SJKT Segambut dan SJKT Ladang Edinburgh.

Pelaksanaan penuh DLP hanya membabitkan pelajar Tahun Satu bagi penggal 2023/2024 di sekolah berkenaan.

Maklumat itu adalah berdasarkan dokumen dikeluarkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan guru besar sekolah berkaitan kelulusan untuk melaksanakan DLP sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya