Isyarat jelas tak iktiraf Israel - Fahmi

Isyarat jelas tak iktiraf Israel – Fahmi

FAHMI Fadzil bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di Putrajaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan menyekat syarikat perkapalan berpangkalan di Israel daripada berlabuh di negara ini merupakan isyarat jelas bahawa Malaysia tidak mengiktiraf rejim tersebut sebagai sebuah negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tegas itu juga selari dengan dasar kerajaan yang komited dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis.

“Saya lihat (tindakan) ini adalah selari dan selaras dengan dasar kerajaan yang memberi penegasan tentang beberapa isu melibatkan Israel.

“Kita konsisten dan komitmen kita untuk memperjuangkan nasib rakyat Gaza itu yang menjadi keutamaan.

“Apa pun, kerajaan memberikan satu ‘signal’ yang paling jelas bahawa kita tidak mengiktiraf Israel dan kita tidak bersekongkol dalam usaha termasuklah membantu dari segi ekonomi buat rejim itu,” katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis Spotlight Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta-merta. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya