Isu tapak lupus sampah haram Kapar dibawa ke MTES - Utusan Malaysia

Isu tapak lupus sampah haram Kapar dibawa ke MTES

ISU tapak pelupusan sampah haram dekat Batu 14, Kapar di Klang Selangor akan dibawa ke Mesyuarat MTES oleh kerajaan negeri. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan membawa isu tapak pelupusan sampah haram yang membelenggu penduduk di tujuh penempatan berdekatan Batu 14, Kapar ke dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penduduk diharapkan dapat bersabar ketika pihak berkuasa sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuk berhubung dengan pemilik tanah.

“Hal itu (isu tapak pelupusan sampah haram) akan dibawa ke MTES. Saya percaya pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang sudah mengeluarkan notis supaya pemilik segera memulihkan tanah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, hari ini.

Terdahulu, lebih 100 penduduk hadir perhimpunan aman membantah kewujudan tapak pelupusan sampah haram di sana yang didakwa sudah berlarutan lebih 10 tahun.

Bagaimanapun, mereka dikatakan kecewa dengan reaksi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang hanya memantau perkara tersebut tanpa menyatakan tindakan tuntas yang akan diambil untuk mengatasinya.

Ini kerana, situasi tersebut disifatkan memburuk sejak tiga tahun lalu apabila tapak yang dijadikan tempat pelupusan sisa industri seperti besi buruk, hampas plastik, kaca, getah, minyak terpakai dan sebagainya itu kerap berlaku kebakaran sehingga mencetuskan jerebu.

Dalam pada itu, Amirudin turut menjelaskan tindakan perampasan tanah yang dijadikan tapak aktiviti sedemikian tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa notis awal dan amaran daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu memberi tempoh masa tertentu kepada pemilik tapak berkenaan untuk memulihkan tanah, sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil.

“Kita pernah kalah dalam kes mahkamah kerana merampas tanah dalam tempoh singkat dan tidak bagi masa kepada pemilik tanah untuk pulihkan tanah. Jadi untuk kes ini, kita memang kena beri masa kepada pemilik tanah untuk pulihkan tanah,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tapak pelupusan haram berkeluasan 1.2 hektar itu dipercayai sebagai terbesar di Asia Tenggara berdasarkan dapatan daripada pemerhati alam sekitar dari Jerman, Asmir Samardzic. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya