Isu bekalan gula: Hanya lima peratus bekalan dibawa masuk

Isu bekalan gula: Hanya lima peratus bekalan dibawa masuk

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hanya lima peratus daripada 557,080 metrik tan kuota import bekalan gula yang diluluskan berjaya dibawa masuk ke negara ini setakat 12 Disember lalu.

Situasi itu menyebabkan masalah kekurangan bekalan gula terus berlaku di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tiada pihak yang berupaya untuk mencari sumber bekalan gula mentah untuk diproses dan dijual pada harga kawalan RM2.85 sekilogram.

Beliau berkata, ketika ini, kerajaan hanya mengawal harga gula putih bertapis pada RM2.85 sekilogram tanpa memberi sebarang subsidi kepada pengilang.

Katanya, sejak Julai lalu, sebanyak 43 syarikat telah diberikan permit kelulusan kuota import dengan jumlah 557,080 metrik tan. Ia membolehkan mana-mana pihak mencari sumber bekalan gula mentah pada kadar yang rendah.

Sejak memangku tugas Menteri KPDN bermula pada Julai lalu, kementerian itu telah mengambil pendekatan untuk melonggarkan syarat lesen import (AP) dengan membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengimport gula.

Ketika ini, KPDN masih membuka ruang kelonggaran AP secara bersyarat. Jadi, sekiranya ada mana-mana pihak boleh membawa masuk dan menjual gula bertapis pada harga RM2.85 sekilogram maka, boleh memohon dan KPDN sedia memberi kelulusan segera.

Menurut beliau, gangguan bekalan gula pasir kasar pada harga kawalan RM2.85 yang berlaku pada ketika ini disebabkan faktor kenaikan harga gula mentah di pasaran dunia.

“Jika dilihat sejak 2021, kenaikan harga gula mentah di pasaran global telah melebihi 150 peratus.

“Susulan itu, dua pengilang utama yang membekalkan gula dengan harga kawalan RM2.85 sekilogram mengalami kerugian sejak tiga tahun lalu kerana peningkatan kos,” katanya selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas semalam.

Justeru, bermula 1 Januari 2024, pihak kementerian akan membuat penilaian dan bertindak untuk membuat keputusan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan gula yang lebih besar.

Armizan berkata, kerajaan sedang meneliti penyelesaian jangka panjang berhubung isu bekalan gula di pasaran.

Katanya, langkah penyelesaian itu berpandukan kepada dua keutamaan iaitu faktor harga yang munasabah dan bekalan gula yang stabil di pasaran. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya