Isteri Syed Danial hiba kenang nasib anak - Utusan Malaysia

Isteri Syed Danial hiba kenang nasib anak

Syed Danial
QISTINA Ayu Rozhan Mohd. Rozhan ditemui pemberita selepas mendengar hukuman dijatuhkan terhadap Yew Wei Liang yang menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di luar kamar Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tingkah laku dan sikap anak Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir, Sharifah Dian Malika, 4, kerap bertanya tentang ayahnya mencetuskan kehibaan pada keluarga terutama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan Mohd. Rozhan.

Qistina Ayu Rozhan, 32, dalam kenyataan impak mangsa sebelum Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Yew Wei Liang, berkata, sukar untuk dia menerima dan menyelami perasaan dihadapi anaknya itu yang tidak mengenali bapanya.

“Saya meratapi pemergian arwah suami dan pastinya saya juga amat sedih mengenangkan anak kami berusia empat tahun yang masih belum kenal erti kesedihan (akibat kehilangan orang tersayang).

“Pada usia itu, dia hanya memahami ayahnya berada di ‘syurga’. Tetapi itu tidak membuatnya berhenti daripada terus bertanya kenapa ayah tidak berada di sisinya. Dia amat berharap ayahnya berada bersama bermain dengannya,” katanya sambil menahan kesedihan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Hakim Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Wei Liang, 45, yang menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial dalam satu insiden kemalangan jalan raya pada empat tahun lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas Julia pada Selasa lalu memutuskan bekas pekerja teknologi maklumat (ITU) itu bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang bertukar berbanding pertuduhan asal, Seksyen 302 kanun sama.

Dalam pada itu, Qistina Ayu Rozhan yang juga merupakan pegawai bank memaklumkan prosiding mahkamah yang dihadirinya sebagai balu Allahyarham Syed Muhammad Danial sebagai tindakan keadilan terhadap tragedi dihadapi suaminya.

Malah, dia dalam kenyataan sama kepada mahkamah memberitahu percaya anaknya Sharifah Dian Malika akan mencari maklumat untuk mengenali ayahnya serta punca kematian.

“Dia akan terus mencari bila besar nanti dan dia pasti berhadapan dengan situasi kematian atau kehilangan ayahnya. Sukar untuk membayangkannya sebab saya tahu kena ceritakan kebenaran kenapa ayahnya meninggalkannya terlalu awal.

“Akan datang pasti dia akan mencari maklumat di internet untuk mengetahui kenapa ayahya meninggal dunia. Apa yang ada di internet akan kekal. Bagaimanapun, saya percaya ia menjadi alasan kukuh kepada kematian ayahnya dan keadilan yang diberikan kepada arwah di dunia,” luahnya.

Syed Muhammad Danial, 39 sebelum ini dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya pada 10 Ogos 2019. Dia meninggalkan anak perempuannya, Sharifah Dian Malika yang ketika itu berusia tiga bulan.

Sementara itu, Qistina Ayu Rozhan ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan berharap pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi apabila menyifatkan seksyen pertuduhan dan hukuman dikenakan terhadap tertuduh sebagai tidak adil.

“Syukur alhamdulillah, akhirnya selepas empat setengah tahun selepas suami saya (pergi), kami bertenang sehingga saat akhir dengan prosiding lengkap, cuma sedikit rasa terkilan kerana pihak penghakiman menukarkan Seksyen pertuduhan daripada 302 kepada 304.

“Kami berharap pihak pendakwaan akan merayu (keputusan), kami tetap menghormati keputusan mahkamah…namun berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Saya berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada  terutama kepada pembuli jalanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya