Istana Budaya bagai rumah hantu? - Utusan Malaysia

Istana Budaya bagai rumah hantu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ish, naik bulu roma Cik Bunga bila cakap perihal misteri atau hantu. Tetapi ini bukanlah cerita hantu betul-betul, cuma metaforanya saja, jangan ambil serius.

Bahagian paling serius yang Cik Bunga nak tekankan ialah mengenai tanggungjawab dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib yang mengendalikan keseluruhan infrastruktur bangunan Istana Budaya ( IB).

Ya, Cik Bunga memang nak tegur. Apa sudah jadi dengan bangunan ikonik itu ya? Baru-baru ini Cik Bunga ada lalu di kawasan itu, memang betul bagai dikata orang, dah macam bangunan tinggal. Macam rumah hantu pun ada.

Atap bumbung pun bagai nak roboh, memburuk dan mencacatkan pemandangan. Memang Cik Bunga tahu, pengurusan IB ada maklumkan sekitar awal tahun lalu bahawa mereka akan tutup bangunan tersebut dalam tempoh tiga tahun untuk urusan penyelenggaraan.

Tetapi, kenapa macam tak ada gerak kerja saja ya? Esok dah melangkah ke tahun 2024, tak akanlah tak ada progres apalagi bumbung IB itulah yang paling ketara boleh dilihat ramai seakan tiada perubahan baharu.

Cik Bunga tak adalah nak menuduh. Tetapi mewakili suara orang ramai terutama peminat seni tanah air, kita nak juga tahu apa progres yang sedang dilakukan oleh pihak berwajib mengenai isu ini?

Sekadar cadangan, kalau boleh, dari semasa ke semasa kenalah maklumkan kepada masyarakat apa progres terkini yang dilakukan untuk memulihara insfrastruktur di IB. Barulah masyarakat terutama netizen faham dan IB pun tak kena kritik. Betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya