Insiden dilarang masuk hospital kerana seluar pendek hanya salah komunikasi  - Utusan Malaysia

Insiden dilarang masuk hospital kerana seluar pendek hanya salah komunikasi 

DANIEL GOOI ZI SEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Insiden tular melibatkan seorang warga emas yang dilarang memasuki Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana berseluar pendek beberapa hari lalu berlaku disebabkan oleh masalah komunikasi antara lelaki berusia 72 tahun itu dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan insiden itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, siasatan juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Dalam hal ini, tindakan lanjut akan diambil bagi mengelakkan isu ini daripada kembali berulang.

“Pada masa sama, jangan biarkan insiden yang terpencil ini mencemarkan reputasi sistem penjagaan kesihatan kita ketika semua pegawai dan kakitangan perubatan sedang bekerja keras bagi memastikan rakyat Pulau Pinang menerima rawatan yang lebih berkualiti,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, lelaki tersebut yang datang ke HSJ untuk melawat saudaranya dikatakan memakai berbaju T, berseluar pendek atas paras lutut serta memakai kasut sukan.

Berdasarkan laporan portal berita, mangsa dikatakan bukan sahaja telah dilarang memasuki pekarangan hospital berkenaan, malah turut diberikan ‘ceramah’ berkaitan prinsip dalam Rukun Negara khususnya berkaitan etika pemakaian. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya