Ini amanah besar, saya akan pikul penuh tanggungjawab - Faisal

Ini amanah besar, saya akan pikul dengan penuh tanggungjawab – Faisal

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz terpilih sebagai Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baharu bagi penggal 2023 hingga 2025.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Muhammad Faisal menegaskan komitmennya untuk menjalinkan kerjasama dengan setiap organisasi demi memastikan pemahaman yang holistik dan penerimaan pandangan setiap pihak tanpa mengambil kira pilihan undi mereka.

Menurut Faisal, jawatan yang dipikul kini merupakan tanggungjawab yang besar dan beliau mengambil peluang tersebut untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan penuh tekad dan berintegriti.

“Saya akan berunding dengan setiap organisasi untuk memastikan bahawa saya memahami dan mengambil maklum pandangan setiap pihak tanpa mengira siapa yang mereka undi.

“Tugas ini adalah amanah yang besar dan saya akan memikulnya dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pemilihan Bersih, Faisal memenangi jawatan tersebut dengan memperoleh satu undi lebih tinggi berbanding pesaingnya, Gopalan K Papachan yang menerima 22 undi.

Dalam pada itu, Faisal berkata, beliau akan memulakan tugasan dan sesi libat urus bersama semua organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan kadar segera.

Katanya, ia bertujuan untuk melaksanakan inisiatif dalam menjadikan Bersih sebagai sebuah gerakan yang benar-benar mencerminkan suara dan keinginan rakyat.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan terbaik demi menjadikan Bersih sebagai sebuah gerakan yang mengangkat suara rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya