Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim - Mohd. Na’im

Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim – Mohd. Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi di media sosial akan dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang memberitahu, ia bertujuan untuk memberi nasihat atas kenyataannya itu.

“Saya telah arahkan Jakim untuk memanggil dan memberi nasihat kepada individu tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Adha menyatakan dirinya sebagai Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT.

“Assalamualaikum, sebenarnya, aku lah Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT, aku boleh bukti kalau ‘u all’ nak tahu apa tugas aku dekat dunia Allah SWT ni, maaf lambat bagitahu siapa aku,” katanya dalam hantaran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya