Imigresen tubuh pasukan khas pantau pelancong tinggal lebih masa

Imigresen tubuh pasukan khas pantau pelancong tinggal lebih masa

RUSLIN Jusoh beramah mesra dengan pelancong dari India ketika meninjau Pelan Liberalisasi Visa di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu kebanjiran pelancong asing sengaja tidak keluar dari Malaysia.

Malahan menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, pasukan tersebut dibentuk lebih tiga bulan lalu dengan hasilnya itu dijangka dapat diketahui pada awal tahun depan.

Beliau berkata, pasukan itu adalah berbeza dengan pasukan pemantau pergerakan keluar pelancong China dan India diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia melibatkan pemantauan pelancong semua negara.

Jelasnya, kaedah pemantauan ini adalah dengan mewajibkan semua pelawat mengisi maklumat diri dalam Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) sebelum tiba yang disepadukan dengan pangkalan data rekod JIM,

“Pelancong terbabit kena ada tiket penerbangan balik dan tempahan hotel sah negara ini,” katanya pada sidang akhbar sleepas meninjau pelaksanaan hari pertama Pelan Liberalisasi Visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Tambah Ruslin, mana-mana pelawat luar yang gagal memaklumkan dua perkara asas itu akan ditegah daripada memasuki Malaysia dan diberi Notis Penolakan Masuk (NTL) yang sudah pun lama dilaksanakan dan sudah lama diamalkan semua negara lain bagi mengekang masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selepas habis tempoh visa, penguatkuasaan JIM ujarnya, akan terus menjejaki mereka menerusi risikan dan naziran terutama lokasi titik panas tumpuan ramai rakyat negara itu.

“Kita tidak mahu ada lagi kualiti pelancong sebegini yang tidak tahu pun di mana dia akan tinggal sepanjang berada di Malaysia bahkan tiada tiket penerbangan pulang,” tegasnya.

Beliau walau bagaimanapun optimis bahawa prosedur kali ini meskipun tidak dikompromi, ia tetap tidak menjejaskan pula ketibaan pelawat luar yang memang datang mahu bercuti.

Bahkan berdasarkan unjuran JIM dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, jumlah pelancong dari China dijangka melonjak sehingga 15 peratus mulai tahun depan dan setakat 15 November lalu sejumlah 26 juta warga asing memasuki Malaysia dengan paling tinggi dari Singapura iaitu 12.6 juta orang diikuti Indonesia dengan 3.1 juta.

Bilangan pelancong China pula jelasnya, turut sudah kembali seperti situasi sebelum pandemik Covid-19 dengan mencatatkan 1.4 juta orang sehingga pertengahan bulan lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya