Ibu mualaf cekal jaga tiga anak OKU

Ibu mualaf cekal jaga tiga anak OKU

NOR Azrina Natalia Abdullah memberikan susu kepada anaknya, Nur Irsalina yang terlantar akibat mengalami masalah urat saraf ketika ditemui di Taman Semarak 2, Nilai, Seremban.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kasih ibu sampai akhir hayat, itulah yang dibuktikan oleh Nor Azrina Natalia Abdullah 45, yang cekal menjaga tiga anak kurang upaya (OKU) yang masing-masing berusia 13, 11 dan tujuh tahun.

Anak ketiganya, Nur Irsalina Salwani Mohd .Asri OKU terlantar selepas mengalami masalah urat saraf; anak keempat, Mohammad Basyirun Safiuddin mengalami masalah pembelajaran dan anak bongsu, Nur Syazwana Dawiah, OKU sindrom down.

Nor Azrina yang merupakan seorang mualaf berkata, baginya anak-anak adalah nyawanya dan selagi hidup dia akan memastikan kebajikan mereka dijaga.

Malah, dia juga tidak pernah lelah menguruskan ketiga-tiga anak istimewanya itu terutama Nur Irsalina Salwani yang terlantar separuh badan sejak kecil.

Katanya, anak ketiganya itu dilahirkan normal namun segalanya berubah apabila dia terjatuh selepas beberapa hari dilahirkan.

“Sejak itu, Nur Irsalina terlantar akibat mengalami masalah urat saraf. Pada usia 13 tahun ini, anak saya hanya terbaring kaku di atas tilam selain akan merengek untuk menarik perhatian apabila lapar.

“Segala keperluan Nur Irsalina dilakukan secara bergilir-gilir dengan suami, Mohd. Asri Mohammad 43, termasuk menyuap makan, minum, menukar lampin pakai buang dan memandi atau mengelap badannya pada setiap hari,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Semarak 2, Nilai di sini.

Nor Azrina yang juga seorang suri rumah berkata, dia bersyukur anaknya itu memperoleh bantuan daripada Baitumal pada setiap bulan selain bantuan daripada pihak lain yang dapat sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung.

“Daripada wang bantuan yang diperoleh itulah digunakan sepenuhnya untuk membeli segala keperluan Nur Irsalina namun ada kalanya ia tidak mencukupi memandangkan saya gunakan juga untuk dua anak istimewa saya yang lain seperti berkongsi lampin pakai buang serta susu.

“Nur Irsalina memang sepenuhnya bergantung kepada susu formula khas dan diberikan enam kali sehari. Kadang-kadang saya terpaksa juga membuat susu itu cair bagi jimatkan penggunaan.

“Suami saya pula hanya bekerja tukang urut dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Manakala anak-anak saya yang lain masih lagi kecil dan bersekolah dengan anak sulung berusia 17 tahun,” katanya yang mempunyai enam orang cahaya mata.

Mana-mana pihak termasuk individu yang ingin membantu dan memberikan sumbangan, boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0510529000214172 atas nama Nor Azrina Natalia Abdullah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya