PETALING JAYA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mengabai anak perempuannya berusia dua tahun dengan meninggalkannya dalam kereta sehingga maut, bulan lalu. Nur Sari Fardiana Mohd. Amran, 38, didakwa melakukan pengabaian terhadap mangsa di hadapan sebuah rumah Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara di sini antara pukul 8 pagi dan 3.15 petang pada 8 November lalu. Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya