Hujan lebat di Pantai Barat Semenanjung hingga 6 petang

Hujan lebat di Pantai Barat Semenanjung hingga 6 petang

PENDUDUK kampung melalui jalan yang digenangi air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan di Kampung Atas Tol, baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia melibatkan kebanyakan tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Melaka dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling); Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Perak dan Pahang (Raub). 

“Selain itu, di Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). 

“Seterusnya di Sarawak: Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang; Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut catatan di facebook. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN