Hubungan kerajaan baik, tebuk atap akan gagal - Anwar

Hubungan Kerajaan Perpaduan baik, tebuk atap akan gagal – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan kerjasama antara semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sangat baik sekali gus menyukarkan berlakunya gerakan ‘tebuk atap’.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

“Soalan itu kerana takut ada tebuk atap. Sekarang ini bumbung kita bumbung konkrit.

“(Malah), saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekalipun pertelagahan atas nama perbezaan parti.

“Insya-Allah kita ada kekuatan sekarang, kita tumpu bukan pertelagahan parti politik, tetapi bagaimana mengangkat martabat negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan seorang pengunjung yang mencadangkan kerajaan untuk membuat satu organisasi politik sahaja dan tidak perlu bercampur.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua parti Kerajaan Perpaduan memberi dukungan sepenuhnya kepada Anwar untuk terus terajui kerajaan.

“Malah dalam setiap mesyuarat, sekretariat telah memberi laporan bahawa, jika terdapat perbezaan pandangan di akar umbi, ia bukan pendapat atau pendirian parti, tapi individu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya