PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital , Fahmi Fadzil berkata, semakan terhadap klip video tular membabitkan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia adalah video lama. Katanya, video itu berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial. “Semakan menunjukkan ia (video) daripada YouTube ‘Malaysia And Israel – From Enemies To Allies?’ “Berdasarkan carian dalam YouTube, video itu adalah pada 17 Disember 2021, bukan 2023. Dua tahun yang lalu, waktu itu saya bukan menteri,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya