Himpunan 'Kami Semua Palestin' sasar kehadiran sejuta rakyat

Himpunan ‘Kami Semua Palestin’ sasar kehadiran sejuta rakyat

MOHD. Azmi Abdul Hamid ketika sidang akhbar berhubung penganjuran himpunan 'Kami Semua Palestin' di ibu pejabat Mapim, Shah Alam, Selangor.-UTUSAN/ SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Himpunan ‘Kami Semua Palestin’ yang bakal diadakan di ibu negara pada 24 Februari depan menyasarkan kehadiran sejuta rakyat bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin yang kini masih lagi dizalimi oleh tentera Zionis.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, himpunan berskala mega itu diadakan setelah melihat tentera Zionis tidak berhenti melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin, yang kini sudah berlarutan lebih dua bulan.

“Desakan rakyat adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak serta-merta untuk hentikan perang dan memberi akses kepadan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa keganasan Israel ke atas warga Gaza

“Palestin di Gaza kini menjadi tunjuk arah moral (kompas moral) dunia untuk mengukur tahap kemanusiaan masyarakat antarabangsa. Jika apa yang berlaku sekarang di Gaza tidak menggugah nurani, maka tahap kemanusiaan boleh dianggap lenyap,” katanya dalam sidang akhbar berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan di ibu pejabat Mapim, di sini, hari ini.

Selain sejuta rakyat Malaysia, beliau yang akan menjadi kodinator perhimpunan tersebut turut menyasarkan pendaftaran 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam gabungan Perhimpunan Sejuta Rakyat.

Justeru itu, Mohd. Azmi berharap pihak berkuasa negara ini dapat memberikan kerjasama supaya perhimpunan terbabit dapat dijalankan secara aman, tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak lain.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, Piket Kepung demi Palestin yang dianjurkan berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini disifatkan berjaya dalam memberikan tekanan dengan kemuncak adalah malam esok.

“Kita akan melakukan ‘countdown’ tahun baharu bermula pukul 9 malam esok dengan menyasarkan 1,000 peserta dalam terus menunjukkan solidariti dan pendirian tegas kita terhadap isu Palestin ini.

“Ini secara tidak langsung bagi menggantikan kepada aktiviti lazim tahun baru dengan pertunjukkan bunga api,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya