GUA MUSANG: Hampir 2,000 Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Pasik dan Pos Bihai di sini `berkurung’ dalam rumah sehingga pendapatan mereka makin menyusut dan bekalan makanan berkurangan kerana takut dengan ancaman harimau belang. Menjelang pukul 6 petang sehingga keesokan paginya, Pos Pasik dan Pos Bihai bagai terkena perintah berkurung hampir sebulan lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Apek Assut, 39, berkata, situasi itu menyebabkan ‘kantung’ kewangan penduduk semakin menyusut selepas terpaksa menghadkan mencari rezeki di hutan. Menurutnya, bagaimanapun ada dalam kalangan penduduk yang terpaksa keluar ke kebun mencari sumber…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya