Hadapi masalah penglihatan tidak halang keluar mengundi - Utusan Malaysia

Hadapi masalah penglihatan tidak halang keluar mengundi

MOHAMAD Boto dibantu anaknya, Siti Musliha Azlina mengundi di pusat mengundi di SK Kampung Baru Kerteh, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Meskipun penglihatannya kurang jelas dan tidak dapat memangkah sendiri kertas undi, seorang lelaki tidak melepaskan peluang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.

Mohamad Boto, 55, dari Kampung Chabang, Kerteh, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh, ditemani anaknya, Siti Musliha Azlina, 25.

Siti Musliha Azlina berkata, bapanya tidak pernah ketinggalan untuk keluar mengundi sejak berusia 21 tahun.

“Sebelum ini, abah sihat seperti biasa, namun sejak dia kemalangan dirempuh lembu ketika menunggang motosikal pada Disember tahun lepas, keadaan fizikalnya berubah apabila kedua-dua matanya kurang jelas.

“Dia juga tidak mampu untuk memangkah sendiri kertas undi dan ingatannya juga kurang baik selepas pembedahan buang tempurung kepala dilakukan bagi membuang darah beku di kepalanya dilakukan. Dia juga tidak dapat bercakap dengan lancar,” katanya.

Anak sulung daripada dua adik beradik itu berkata, dia juga turut mengambil tanggungjawab memangkah kertas undi bapanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu.

“Masa Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lepas, abah masih sihat. Namun untuk PRN dan PRK kali ini, saya tolong abah,” katanya.

Siti Musliha Azlina berkata, dia yang mengundi di SK Chabang terpaksa keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab terlebih dahulu sebelum menemani bapanya di SK Kampung Baru Kerteh yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kediaman mereka.

Seramai 141,790 pengundi layak mengundi pada PRK Parlimen Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya