Guru maut kemalangan: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom - Utusan Malaysia

Guru maut kemalangan: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom

KEADAAN kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua MyVi dan BMW yang mengorbankan dua mangsa dalam kejadian di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas, Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Polis masih menunggu laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan laporan kimia sebelum melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan yang menyebabkan dua guru maut akibat dilanggar pemandu mabuk, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sejurus selepas kedua-dua laporan terbabit diterima.

MOHD. ASRI SHAFIE

“Buat masa ini, kita sedang tunggu laporan kimia, Puspakom untuk rujuk DPP (Timbalan Pendakwa Raya),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek berusia 46 tahun yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan, semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi Sabtu lalu, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bunga dan rakannya, Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phei Shin maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan pemandu kereta jenis BMW yang hilang kawalan di Jalan Permatang Baru, di sini.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua guru terbabit mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu BMW tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil ujian pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu BMW terbabit mendapati dia memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Sebelum kejadian, dua guru itu menghadiri majlis makan malam di sebuah restoran, di Kepala Batas dekat sini, bagi meraikan meraikan salah seorang rakan mereka yang akan bertukar sekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya